Prudential BSN Takaful Logo

KALKULATOR

Nama
:
Nilai Harta
:
RM
Jumlah Pinjaman Dipohon
:
RM
Jantina
:
Tarikh Lahir
:
Tempoh Pinjaman
:
tahun
Jenis Bangunan
:
Status Hartanah
:
NOTIS PRIVASI

Prudential BSN Takaful Berhad (740651-H) yang beralamat di Tingkat 8A, Menara Prudential, No.10, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur (dirujuk sebagai “Kami”)komited untuk mengekalkan kerahsiaan, keselamatan dan integriti Maklumat Peribadi yang anda berikan. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”), Notis Privasi ini bertujuan untuk mengetengahkan cara kami mengendali Data Peribadi anda dan pilihan yang sedia ada untuk anda mengakses atau menghadkan akses kami untuk mendapatkan Data Peribadi anda.
 
Sekiranya anda sebuah organisasi yang membekalkan kami Data Peribadi untuk individu tertentu (seperti pengarah, pemegang saham, pegawai atau pekerja anda), istilah '"Data Peribadi anda" di dalam Notis ini dan Polisi Privasi adalah termasuk Data Peribadi individu tersebut. Sila layari laman web kami di www.prubsn.com.my untuk kandungan penuh Polisi Privasi tersebut.
 
1. Apabila anda membuat permohonan untuk produk / perkhidmatan kami, jenis Data Peribadi yang kami kumpul dan proses mungkin termasuk maklumat seperti:
• Nama anda, nombor kad identiti / pasport, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, status pemastautin, status perkahwinan, alamat, nombor yang boleh dihubungi, alamat e-mel, butiran pekerjaan dan maklumat kewangan;
• Data Peribadi sensitif anda termasuk maklumat mengenai kesihatan fizikal dan mental serta agama;
• Data Peribadi anda yang diperoleh daripada agensi kerajaan, Biro Kredit Bank Negara Malaysia dan / atau agensi laporan kredit; dan / atau
• Maklumat berkaitan yang kami mungkin perlukan untuk menyediakan produk / perkhidmatan untuk anda.
Melainkan yang dinyatakan di dalam borang kami yang dibekalkan kepada anda pada peringkat cadangan, ia adalah wajib untuk anda memberikan kami Data Peribadi yang kami
perlukan. Sekiranya anda memilih untuk tidak memberi Data Peribadi anda kepada kami atau menarik balik atau menghadkan penggunaan Data Peribadi anda, kami mungkin
tidak dapat menawarkan produk / perkhidmatan yang diminta.
 
2. Kami mengumpul Data Peribadi anda untuk tujuan berikut:
• Memproses Data Peribadi anda bertujuan memaklumkan anda mengenai produk / perkhidmatan yang anda minta, yang mungkin termasuk pemeriksaan kredit dengan agensi
laporan kredit; pemeriksaan anti-pengubahan wang dan pembiayaan keganasan; memberi maklumbalas untuk pertanyaan anda atau permintaan untuk mengakses data dan membantu proses-proses operasi harian berkenaan produk dan perkhidmatan;
• Memaklumkan anda mengenai tawaran istimewa, produk baru atau perkhidmatan dan butiran menarik yang kami tawarkan atau tawaran daripada syarikat yang berkaitan,sekutu atau gabungan melalui bahan pemasaran / iklan / promosi, e-mel atau panggilan;
• Memadankan sebarang data dengan syarikat berkaitan atau sebarang syarikat perlindungan insurans atau takaful dari semasa ke semasa;
• Penyelidikan termasuk sejarah dan statistik;
• Membolehkan kami memantau, mengkaji dan memperbaiki produk dan perkhidmatan yang kami tawarkan;
• Menilai dan menganalisis pasaran, pelanggan, produk, perkhidmatan kami, termasuk mendapatkan pendapat anda tentang produk dan perkhidmatan kami dan mengadakan
tinjauan pelanggan;
• Menyediakan komunikasi berkala kami untuk anda (selain daripada bahan pemasaran secara langsung);
• Menyiasat aduan, urusniaga yang disyaki mencurigakan dan penyelidikan untuk meningkatkan perkhidmatan atau barangan;
• Mengenalpasti sejarah tuntutan anda bagi tujuan meningkatkan proses tuntutan dan mengelakkan tuntutan palsu;
• Mematuhi keperluan undang-undang atau peraturan atau seperti yang dibenarkan mengikut keperluan undang-undang atau peraturan;
• Mendapatkan sumbangan tertunggak;
• Menguruskan risiko; dan / atau
• Bagi tujuan lain yang anda telah memberikan kami kebenaran.
 
3. Kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga, kecuali yang tertera di bawah selaras dengan tujuan yang dinyatakan dalam perkara 2
di atas:
• Pegawai, kakitangan, perunding, penasihat dan ejen kami bagi tujuan berkaitan dengan permohonan untuk produk / perkhidmatan;
• Syarikat kami yang berkaitan, sekutu dan gabungan (termasuk entiti dalam lingkungan Syarikat Kumpulan Prudential atau Syarikat Kumpulan Bank Simpanan Nasional)untuk tujuan membantu kami dalam menjalankan aktiviti dan tanggungjawab sebagai pengendali takaful atau berkongsi produk dan perkhidmatan dengan anda;
• Institusi kewangan lain yang memberikan atau berniat untuk memberikan kemudahan kedit kepada anda;
• Sebarang penyedia perkhidmatan, ejen atau kontraktor pihak ketiga yang dilantik oleh kami atau syarikat berkaitan, bersekutu atau gabungan untuk menyediakan produk /
perkhidmatan yang berkaitan dengan perniagaan mereka, sama ada di dalam atau luar Malaysia, tertakluk kepada kawalan keselamatan yang mencukupi untuk maklumat,
termasuk pemeriksa perubatan kami;
• Syarikat-syarikat insurans atau pengendali takaful, penaksir tuntutan pihak ketiga, perkhidmatan mengesan dan mencegah penipuan, syarikat-syarikat insurans atau
takaful semula dan pihak berkuasa;
• Sebarang agensi rujukan kredit atau, dalam kes kemungkiran bayaran, sebarang agensi pemungut hutang;
• Sebarang organisasi untuk penarafan kredit yang mengumpul maklumat mengenai latar belakang kredit, kejadian kemalangan, penerangan kecederaan dan amaun-amaun
yang telah dibayar dan berkongsi maklumat tersebut dengan syarikat-syarikat insurans, pengendali takaful yang lain dan pihak yang berhak untuk mendapatkan maklumat
tersebut;
• Biro Kredit yang diwujudkan oleh Bank Negara Malaysia menurut permintaan mereka;
• Sebarang pemegang serah hak, penama dan mana-mana pihak ketiga yang lain kepada hak atau perniagaan kami;
• Sebarang pihak yang kami bertanggungjawab untuk membuat pendedahan di bawah syarat undang-undang, peraturan, perintah mahkamah, kod praktis atau panduan yang
kami terikat dengannya, termasuk tapi tidak terhad kepada pegawai selia yang berkaitan, badan kerajaan atau badan yang diiktiraf oleh industri seperti Persatuan Insurans
Hayat Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia, dan jika dikehendaki oleh undang-undang; dan / atau
• Untuk pihak-pihak sebagaimana yang dibenarkan di bawah undang-undang Malaysia.

4. Hak dan Pilihan Anda
• Jika anda mempunyai sebarang soalan atau aduan atau permohonan untuk akses atau pembetulan Data Peribadi, sila hubungi kami di:
MAKLUMAT PERHUBUNGAN:
Jabatan Khidmat Pelanggan,
E-mel: customer@prubsn.com.my
Tel: 03 2053 7188
Faks: 03 2026 7688
• Sebarang permohonan untuk akses atau pembetulan Data Peribadi mungkin dikenakan bayaran dan juga tertakluk kepada sebarang undang-undang privasi atau
perlindungan data.
• Anda boleh menarik balik kebenaran anda untuk kami memproses atau menghadkan hak kami untuk memproses Data Peribadi anda, secara notis bertulis kepada kami.
Untuk mengelakkan keraguan, penarikan balik atau pembatasan tidak termasuk memproses Data Peribadi yang wajib.
• Sekiranya pada masa akan datang, anda tidak mahu menerima bahan pemasaran / iklan / promosi, e-mel atau panggilan telefon daripada kami, atau daripada syarikat kami yang berkaitan, bersekutu atau gabungan, anda mempunyai hak untuk memberi arahan kepada kami dan / atau syarikat kami yang berkaitan, bersekutu atau gabungan supaya berhenti menghubungi anda melalui e-mel atau panggilan telefon untuk tujuan menghantar bahan pemasaran / iklan / promosi. Arahan tersebut hendaklah dalam
bentuk bertulis dan dihantar kepada maklumat perhubungan di atas.
 
5. Data Peribadi Pihak Lain
Sekiranya anda membekalkan Data Peribadi pihak lain, seperti ahli keluarga anda, penjaga sah, penama, pengarah, pemegang saham atau pegawai, sila pastikan bahawa anda
mempunyai kebenaran mereka dan mengajukan Notis Privasi ini untuk perhatian mereka.
 
6. Pindaan Selanjutnya dan Perhubungan
Kami akan memaklumkan kepada anda mengenai pindaan penting kepada Notis ini. (Sekiranya anda terus menggunakan produk / perkhidmatan kami, anda akan dianggap
telah bersetuju untuk menerima perubahan tersebut).
Saya bersetuju dengan syarat-syarat ini